Ahmad Zahid Terima Kunjungan Hormat 9 Duta Malaysia Baharu

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat sembilan ketua perwakilan Malaysia yang baharu di Perdana Putra di sini.

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Mat Dris Yaacob, Datuk Sudha Devi K. R. Vasudevan (Australia), Zakri Jaafar (Bosnia Herzegovina), Datuk Lim Juay Jin (Brazil), Zanariah Zainal Abidin (Republik Czech), Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason (Jerman), Datuk Jilid Kuminding (Jordan), Mohd Aznor Mahat (Lubnan) dan Loh Seck Tiong (Kenya).

Ketua perwakilan itu menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 17 Ogos lepas di Istana Negara.

GAMABAR 

BERNAMA 

Malay
Sumber: 
BERNAMA