KENYATAAN MEDIA MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET MENGENAI PEKERJA ASING DAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (JKKPA-PATI )

Saya  telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) Ke-17 Bil. 2/2017 yang diadakan di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur.  Pengambilan pekerja asing telah dipermudahkan oleh kerajaan melalui sistem online (atas talian) iaitu Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Sistem Permohonan Pekerja Asing (SPPA) yang telah beroperasi dengan sepenuhnya pada 1 April 2017. Berdasarkan inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan, saya berharap tiada lagi masalah yang timbul dalam urusan pengambilan pekerja asing dan penglibatan orang tengah dalam proses ini dapat dibanteras secara holistik. 

 Kerajaan telah bersetuju untuk menambah kekerapan pemeriksaan kesihatan pekerja asing. Ini bagi mengelakkan peningkatan kes penyakit berjangkit yang berlaku di negara ini. Mulai 1 Januari 2018, pekerja asing diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sedia ada (sebelum berlepas, dalam tempoh sebulan selepas berada di Malaysia, pada akhir tahun pertama, dan akhir tahun kedua) serta saringan tambahan.

 Pemeriksaan kesihatan tambahan perlu dibuat pada setiap dua tahun iaitu pada tahun keempat, keenam, kelapan dan kesepuluh selaras dengan tempoh penggajian maksimum selama sepuluh tahun. Mesyuarat Jawatankuasa pada hari ini, turut mengambil maklum bahawa majikan juga lebih cenderung untuk menggajikan pekerja asing kerana kos yang lebih rendah. Bagi menggalakan penggajian pekerja tempatan yang lebih banyak, cadangan bagi meningkatkan levi secara progresif dan mewujudkan pesekitaran yang lebih kondusif dan kompetetif telah dipertimbang dan dipersetujui.

Kadar levi progresif berdasarkan bilangan pekerja asing yang digajikan akan dilaksanakan bermula pada tahun 2019, selepas sesi libat urus bersama pihak industri dan stakeholders yang lain dibuat. Dari segi statistik, setakat 31 Julai 2017 bilangan pekerja asing yang sah berkurangan kepada 1.758 juta orang berbanding seramai 2.135 juta pada hujung tahun 2015. Sebanyak lapan Kertas Mesyuarat yang telah dibincangkan iaitu:

Cadangan Penambahbaikan Persekitaran Penggajian Pekerja Asing oleh

       Kementerian Sumber Manusia;

Cadangan Model dan Kadar Baharu Levi Pekerja Asing oleh Kementerian

       Sumber Manusia;

Cadangan Memperkukuhkan Semula Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing

      oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;

Cadangan Garis Panduan Bagi Permohonan Penempatan Sementara Pekerja

       Asing di Lokasi Baharu Dalam Sektor Pembuatan di Bawah Konsep Factory-in-

       Factory oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;

Pendaftaran PATI dan Majikan bagi Pengeluaran Enforcement Kad (E-Kad) oleh

       Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri;

Projek Perintis Kebenaran Bekerja untuk Pemegang Kad UNHCR Etnik

       Rohingya oleh Kementerian Dalam Negeri;

Skim Khidmat Layan Diri (SKLD) di Stesen Minyak oleh Kementerian

       Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; dan

Status Semasa Penggajian Pekerja Asing oleh Kementerian Dalam Negeri.

 

Tarikh: 
Friday, August 18, 2017