Malaysia rangkul dua emas di gelanggang skuasy

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Malaysia merangkul dua emas dari gelanggang skuasy menerusi aksi akhir beregu lelaki dan wanita yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini malam ini. Emas pertama disumbangkan menerusi acara beregu wanita menerusi gandingan Andrea Lee Jia Qi-Rachel Mae Arnold yang mengalahkan Chan Yiwen-Nazihah Hanis, yang juga dari Malaysia, 11-4, 11-10.

Emas kedua dijelmakan oleh beregu lelaki, Mohammad Syafiq Mohd. Kamal-Ng Eain Yow apabila mengalahkan lawan dari Singapura, Pang Ka Hoe dan Timothy Leong Yew Sing, 11-3, 11-6. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mencemar duli untuk menyaksikan perlawan tersebut. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. -

GAMBAR

UTUSAN ONLINE

Malay
Sumber: 
UTUSAN