Mengenai YAB Timbalan Perdana Menteri

TPM

YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail ialah Timbalan Perdana Menteri wanita pertama dalam sejarah Malaysia, merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dr Wan Azizah berpengalaman selama lima belas (15) tahun sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan. Di peringkat negeri, Dr Wan Azizah pernah mencurah bakti berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang selama empat (4) tahun. Dr Wan Azizah bertanggungjawab mengemudi Parti Keadilan Rakyat sebagai Presiden Parti selama sembilan belas (19) tahun. Beliau juga merupakan Presiden Pakatan Harapan sejak penubuhannya sehingga kini.


Lahir              : 3, Disember 1952 (65 tahun)
Suami            : Anwar Ibrahim
Anak              : 6 orang
Pendidikan   : Royal College of Surgeon Ireland (Anugerah Pelajar Perubatan Terbaik), Kolej Tunku Kurshiah
Pengalaman : Doktor Perubatan Hospital Universiti Malaya Petaling Jaya, Pensyarah Optamologi Universiti Malaya